Adriana ke Alpha Angle

December 28th, 2008 by admin

Arini mummy n babah bawak Adriana ke Alpha Angle aka Jusco Wangsa Maju. Tujuan utama g sana sbb mummy nak shopping baju utk ke opis memandangkan Jumaat depan mummy dah start keje. Tambah pulak baju lama suma mummy dah tak leh pakai.. Sesambil tu babah nak anta gamba kat client.

Adriana arini lain skit. Slalunyer kalo bawak kuar, Adriana byk tido jer. Tapi kali ni, Adrina asyik nak sembang je terutama masa kami makan. Jenuh gak la layan dia. Terpaksa la mummy n babah makan bergilir-gilir..

B4 balik, kami masuk MPH. Babah nak cari buku. Tapi, sudahnya mummy n nana yang beli. Babah tak beli apa pun.. Hehehe..

Mummy belikan flash card utk Adriana. Mungkin sesetengah org akan gelak sbb baby 2bulan bukan kenal apa pun. Tapi bg mummy, sblm dia kenal ‘apa2′ lebih baik kita tanam minat supaya baby minat utk belajar. So far alhamdulillah. Adriana suka sgt dengan flash card dier.. Mummy plak beli buku ‘Shopaholic and Baby’.. (Ceh, org lain dah ‘khatam’ dari kulit ke kulit, mummy baru terhegeh2 nak baca). Dah lama tak membaca. Rindu plak..Hehehe…

Ari Selasa igt nak g Sunway Pyramid plak kot.. Babah cuti sampai 1st January.. So, leh la jejalan.. Yahoo…

Gambar :

Two sets of flash card for Adriana and story book for mummy

Bestnyer tido..

Babah yang tekun membaca..

p/s : Jumaat dah start masuk keje. Patutnya Selasa..Tapi, mummy ponteng 2 ari.. Hehehe.. Kalo nak trus cuti, tapi gaji trus jalan leh tak??? Kah kah kah..

Adriana | Arini dah masuk 2bulan!!!

December 28th, 2008 by admin

Baby mummy n babah dah masuk 2bulan..
Dalam usia camni, Adriana dah pandai senyum, ketawa, mula pusing2 badan nak meniarap. Adriana suka kalo mummy tunjuk flash card (nampak macam mununjukkan minat utk belajar..moga2..amin..)
Kalo sesiapa agah2, Adriana suka ketawa… Ehm, kalo org marah pun dia ketawa gaks!!
Adriana tak byk meragam cam baby lain..senang nak mengasuh..

Mummy n babah doakan Adriana trus membesar ngan sihat dan membesar bagai johan.. Bukan Johan Jozan tu tau!!!

Ok, ni skit gambar2 Adriana yang terbaru..
Check..check.. check it out.. (bak kata saiful aka apek)

Adriana Ke KLCC..

December 26th, 2008 by admin

Siang tadi mummy n babah bawak Adriana g KLCC. Saje jer nak jalan2 bawak Adriana.. Memula igt nak g IKEA or Midvalley, tapi bila pikir ari ni Jumaat, better g KLCC. Senang babah nak g Jumaat.. Takde wat apa sgt kat KLCC. Window shopping jer. Mummy sempat gak la sebat satu handbag. Ala, handbag CarloRino je. Bukan per, handbag mummy suma kecik. Ni bila dah ada baby nak kena bawak botol susu la, diapers la, baju la.. Nak bawak beg lain macam malas je. So, mummy carik la beg besar skit. Disebabkan ekonomi kurang baik..mummy amik la yang bawah RM200.. thanx la Parkson sbb wat sale.. Kalo tak rabak gak la poket mummy..

Gambar :

Kami di hadapan KLCC


Adriana ni tido je sepanjang kat KLCC.. Bangun utk minum susu jer!

Sejak ada anak, makan sedap camner pun, letak tepi.. Anak didahulukan..

p/s : Bestnyer bawak baby g jln.. Tak caye, try la..

Susu Terbaik Utk Baby

December 19th, 2008 by admin

Setakat ni, sejak lahir Adriana minum susu campur2. Susu cap gantung n susu formula. Mummy campur sebab masa Adriana masuk ICU mmg dia diberi susu formula. So, bila balik umah dia lagi selesa susu botol la. Tambah pulak susu badan mummy seminggu baru ada. Lepas mengurut. Tu pun tak la banyak sgt.

Memula babah tak tau nak beli susu aper utk anak dia ni. Pastu Paklong Adi suggest kan minum susu Enfalac. Bagus katanya..

So far suma ok. Sejak minum susu ni takde la plak Adriana meragam sakit perut ke, kembung ke, susah berak ke. Cuma bila mummy salah makan jer Adriana ni sakit perut. Yelah sbb susu badan pun Adriana minum. Kalo fully amik Enfalac, takde plak masalah. Mmg ok la. Haziq anak Paklong Adi pun mmg minum sejak kecik. Sekang umur setahun+ dah pandai kenal benda, gamba kat buku. Kira cepat la ‘menangkap’ bila org ajar.

Ehm, demam pun jarang. Yang mummy igt Adriana penah demam masa dia amik Enfalac kotak biru.. Sebab dia sesuai dengan Enfalac A+ (tin hijau + gold). Mahal la skit, tapi sgt bagus. Harga dia, paling murah mummy penah tgk kat Carrefour - RM68.90 (tapi tadi nak beli, dah abis stok). Slalu mummy beli kat Giant - RM69.90 ~> ni harga utk 850g. Satu tin ni tahan la seminggu lebih. Tambah tolak kiranya dalam sebulan tu abis 3 tin la..

P/s : Mummy mmg suggest susu ni. Mmg ok. Tapi, mungkin suma baby tak sama. Tapi, dis is the best formula for my baby la.. Mummy mmg puas hati setakat ni. Cuba la!!

Aunty Ita tagged Mummy

December 18th, 2008 by admin

1) do you think you’re hot?
hot yang panas!!! kah kah kah

2) upload your favourite picture of you

3) what do you like that picture
Kemesraan anak dan ibu.. Sebenarnya Adriana marah mummy sbb tak layan dier..

4) when was the last time u ate pizza?
last two days. kaklong blanjer..

5) the last song u listened to?
all cried out

6)what are u doing right now besides this?
duk tgk babah layan Adriana sembang-sembang.

7)what name would u prefer besides yours?
tah la.. nama yang mak abah bg n nama yang husband panggil suma dah cukup sempurna..

ppl i tag :

1)yong aka gina manan
2)kak syaf
3)farashafiqah
4)…
5)???
6)!!!

8 ) who is no.1
jiran sebelah umah..

9) who is no.2?
ehm..mummy kepada baby lyana n wife kepada mr tut tut..

10) say something abt no.5
???

11) how abt no.4?

12) who is no.3?
ika..youngest sis

13) finally,tell abt no.6
!!!

p/s : dah abis wat benda ni, pusing tgk anak n bapak dua-dua dah ‘belayar’..siap berdengkur n meleleh air liur. Adoi, bapak ngan anak sama ja!!

The Best Stroller ~ for Adriana

December 17th, 2008 by Babah

Wah, tajuk cam gempak..Sebenarnya bukan best for Adriana jer.. Best for babah n mummy jugak!! Sebab per?? Hah, teruslah membaca.. Sambil2 tu leh la mummy bagi skit tips pada korang camner nak beli stroller or brg baby yang berbaloi, menjimatkan dan bijak!!

But b4 that, meh mummy story skit pasal sweet cherry. Memula, mummy tak tau pun jenama ni. Masa mummy chatting ngan Uncle Zool (yang masa tu pun tgh menunggu kalahiran baby) dia pun bgtau. Jenama ni bagus n berkualiti + murah. Benda pertama yang mummy beli ialah bouncer jenama sweet cherry. Tapi takde la plan nak beli suma jenama ni pun..
Tapi camner tah, terbeli byk la gak jenama ni..Tilam, bouncer, stroller, carseat.. Semua secara tak sengaja la. Aper2 pun, thanx to Uncle Zool sbb kenalkan kepada mummy. Yes, harga murah dan barang pun ok! Sesuai la utk kami yang baru nak mula kenal erti hidup ni..

Berbalik pada cerita asal…

Last Sunday, mummy n babah belikan buah hati kami kereta kiut dengan harapan mudahlah kitorang nak bawak Adriana jalan2 nanti. Takde la lenguh tangan mummy n babah duk bergilir2 kelek baby sayang nih. Sebenarnya kalo ikut hati, mummy sebelum beranak lagi mummy nak beli. Nasib baik la babah ni penyabar. Kalo tak, tah aper2 je mummy beli.

Dalam duk survey2 dua tiga bulan ni, so kami dah sepakat nak cari stroller yang mempunyai kriteria2 berikut :

1) Ciri2 keselamatan yang tinggi (sapa tak sayang anak oiii)
2) Harga yang berpatutan (adoi, sorry la sayang. Mummy n babah gaji bukan la lebat nak belikan yang ribu riban yer)
3) 3-wheel stroller (sbb nampak smart)
4) Saiz yang tak terlalu besar (almaklum sajalah, kete mummy n babah kecik jer. Kang tak muat plak)
5) Bentuk yang cool n stylo (cewah2!!-ye ye ajerrrr!!!)

Nak jadi cerita, masa mummy ikut babah g amik MyKid Adriana (lebih kurang masa Adriana btul2 sebulan-maknanyer mummy masih dalam pantang!!..kah kah kah.. belum abis pantang dah berjalan2!!) mummy g la Kedai Baby’s World.
Tetiba ternampak stroller ni…

S200 Jogger (Sweet Cherry)

Harga cuma RM279

Ciri-ciri :

Net Weight : 9kg
Features : Suitable from birth till 4 years
Five-point safety harness
3-position adjustable backrest
Lockable front wheel and all round suspension
Large shopping basket

Ok jugak. Mummy suka. Lagi plak ada warna pink. Sesuai la utk Adriana. Tapi bila babah tgk, babah ckp..

“Besar la Hani. Muat ke nak masuk Myvi??”

Kitorang pun suro la pekerja kedai tu lipat utk tgk saiz. Muat mungkin muat. Tinggal lagi, dah takde space la nak letak benda lain.. Mummy dah excited nak beli. Babah lak suro tunggu dulu. Babah ckp nak survey tempat lain dulu. Ok la. Mummy ikut jer!!

Dalam duk survey2 tuh, mummy jumpa la plak stroller ni masa mummy temankan bunda beli barang persiapan kawen bunda. Kecik la dr yang kat atas tuh. Jenama Sweet Cherry jugak!

S400 SCR3 Jogger

Harga RM439 + 20% discount

Ciri-ciri :

Net Weight : 7kg
Features : Suitable from 6 months till 4 years
Light weight anodized aluminium frame
2-position adjustable seat
Compact fold with co-ordinating bag
Lockable, double front swivel wheel and all around suspension

Kira ok la. Kecik skit. Mummy nak beli yang ni la. So, last Sunday masa kuar ngan babah n Adriana, mummy pun tunjuk la kat babah. Babah plak kurang minat sebab takde palang. (Ala, tempat baby letak tangan bila dah bleh duduk nanti..) Dari yang ni, baik amik yang 1st tadi (S200 Jogger). Mummy dah malas, mummy ok je la. Bila tanya promoter, rupanya takde stok. Apa lagi, mummy mintak la yang ni. Adoi, takde stok jugak. Apala Jusco AU2 ni. Tau la baru bukak, tapi takkan suma pun takde stok!! Frustnyer!! (Tapi, nasib baik jugakla tak de stok. Tgk la - Suitable from 6 months till 4 years!!)Mmg tak sesuai utk puteri mummy nih.

Babah slow2 tarik tangan mummy n ckp, kita balik tgk website dulu la ek. Survey dalam internet. Walaupun kecewa, mummy ikutkan jugak la..

Balik, trus carik kat internet. Then kitorang jumpa yang ni!!

S301 SCR6 Stroller

Harga RM429 (Bestbuy-maknanyer..takde diskaun!!)

Ciri-ciri :

Net Weight : 8.4kg
Features : Suitable from birth till 4 years
Innovative design and portable lifestyle stroller
Lightweight aluminium frame
Adjustable backrest and footrest
Can be in forward or rearward facing
Travelling system : Compatible with C100 with additional adapter

C100?? Yang mana ek?? Owh, rupanya yang nih..

C100 SCR7 Carrier Carseat

Harga RM159 (Bestbuy jugak)

Ciri-ciri :

Net Weight : 3.4kg
Features : Suitable from birth to 10kg
Light weight and portable infant carseat/ carrier/ rocker
3-point, 1-pull padded safety harness
Travelling system : Compatible wit S300A and S301 strollers with additional adapter

So, bila S301 SCR6 Stroller digunakan bersama C100 SCR7 Carrier Carseat, begini la rupanya…

S301 SCR6 + C100 SCR7

Coolkan??

Terpikir plak kalo nak jalan jauh ker, nak balik kg ker.. Senang. Cabut seat kat stroller, (bawak balik besi n roda tu jer) then dalam kete pakai car seat. Dah jimat ruang kete. Tambah plak, Adriana tido slalunya dalam bouncer ni..

R101 Fun Bouncer

Jadi, tak perlu la bawak balik bouncer ni, guna carseat ni pun leh jugak. Leh wat jadi rocker. Kira berbaloi gila.. Rupa, sgt smart..plus bleh bawak sambil mengadap baby or melalui belakang baby. Tu yang lagi rasa kuat nak beli tuh!

Apalagi, mummy ngan babah trus ke Jusco Wangsa Maju plak. Nasib baik ada stok. Akhirnya, Adriana dapat jugak kete sendiri. Pasni leh la mummy n babah bawak jalan2 tempat lain skit..

p/s : Ni la antara tips membeli stroller dan barang baby yang boleh mummy kongsikan.. Jimat, berguna, mudah dan bergaya. Cewah!! Tak sabar nak tgk Adriana besar skit. NAk bawak jalan2 gi zoo plak!!

Adriana Sayang Mummy

December 2nd, 2008 by admin

p/s : Adriana dah dapat ‘akal’ baru sekarang. Asyik nak nangis n dukung jer!! Pandai dia..


Adriana Dah Sebulan Arini..

November 28th, 2008 by admin

Yeah, anak mummy dah besar.. Membesar bagai johan.. Tapi cian la, demam dari lastweek. Kejap elok, kejap demam. Maktok dia ckp biasa la, nak membesar..

Semalam la paling dahsyat Adriana wat perangai.. Ada ke nak tido sambil berdiri.. Lenguh gak la tangan maktok dia duk layan.. Kelakar la anak mummy nih..

Ni gamba Adriana sebulan.. Cian dia, demam.

Read the rest of this entry »

Baby Mummy Demam..

November 25th, 2008 by admin

Cian la Adriana..

Jumaat lepas mummy bgn tido masa Adriana nak susu, rasa badan dia panas sgt! Mummy gelabah trus call babah suro balik sbb nak bawak baby mummy g klinik (ikut hati mummy nak bawak kete sendiri g klinik, tapi maktok bising ckp tak leh..dlm pantang lagi). Tengahari babah balik, then kitorang trus ke Klinik Idzham. Dr. Nariman yang rawat baby (sempat Dr. usap2 kepala botak Adriana sambil berkali2 tanya, “baru pas bercukur ker?”)

Sah anak mummy demam + selsema. Dr bg ubat. Cian anak mummy kecik2 dah kene telan ubat. Dalam dua tiga hari ni baby tak aktif sgt. Bernafas pun cam susah. Yelah, idung tersumbat. Yang kesiannya, kadang2 Adriana muntah bersembur susu keluar dari idung..

Read the rest of this entry »

Eiii.. Geram!!!

November 19th, 2008 by admin

Geram la tgk anak mummy ni.. Comelnyer!! Rasa nak picit jer idung.. Cayang sgt dier!!!

 

p/s : Adriana ada satu tabiat yang suka sgt dia buat..  Dia suka wat mulut burung.. Babah pun geram kalo dia wat camtu.. Comel.. Lagi satu, Adriana kalo bersin, ada style tersendiri.. Korang kene dengar!! Cute sgt..

« Previous Entries