Trip To Terengganu - Pilah - KL
March 25th, 2008 by admin
Penat-penat-penat.. itulah yang boleh dikhabarkan.. trip kami bermula dari Perlis… jam 12.00 tengahari / 20 Mac - bertolak dari kuarters MRSM Beseri. Singgah sekejap di umah mak kat Kuala Sanglang. Pastu jam 1.07pm kitorang terus ke alor setar. Servis2 kereta apa yang patut. Lepas selesai jam 2.30pm kami pun geraklah menuju ke destinasi yang di tuju iaitu Kuala Teganu. Perjalanan kami mula terganggu apabila tiba di susur masuk Alor Setar Selatan, kad touch n go yang baru di topap tu tetiba tak boleh di baca oleh scanner kat tol tu.. rupa-rupanya suis scanner tu terpadam… gambar kat bawah ni sebagai bukti ketika tengah tunggu operator PLUS tu pegi touch kan kad kat lorong enam. Yang nak dijadikan cerita, pertistiwa nih jadi 2x. kali kedua di susur keluar Seremban-Pilah-Senawang. Kes yang sama. Tak tau kat mana silap

Actually kitorang ke Teganu menaiki KAS 7070 bukannya TK7070. Gambar kereta TK7070 di snap sewaktu sedang kuar membeli makanan kat bawah rumah rehat MARA yang kami diami. Apa pun tahniah sebab jumpa geng 7070 kat sana.

Sampai kat sana kami sempat ke Pasar Payang yang terletak lebih kurang 200meter jer dari rumah yang kami lepak tu. trip kami bukan kami berdua sahaja, malah didatangi oleh 3 mahkluk Allah yang sangat sempurna sifatnya… Mereka terdiri daripada Yin Yan dan juga Syud. Gambar kat bawah ni menceritakan segalanya. Betapa riangnya mereka apabila bertemu dengan kamera. kesian kat yan, gambaq dia tadak dalam nih…
(Gambaq Ehsan dari Syud)

Hampir 3 tahun tinggalkan terengganu… 3 tahun tu mengubah segala kemajuan yang ada di terengganu. Tak caya tengoklah bangunan baru depan Pasar Payang yang tersergam indah ini. terkejut dibuatnya… memang lawa habis la bangunan ni.. Sebab lawa sangat kot sehingga datuk idris jusoh dicemburui oleh ahli2 parti yang seangkatan dengannya.

Lepas tu kitorang pusing2 lah lagi kuale teganu. Something new jugak yang kitorang sempat tengok. Ada 3 orang dewasa naik moto. tak caya tengoklah kat bawah ni.

Kalo ke teganu, tak sah kalo tak ke teluk ketapang. apa ada kat teluk ketapang? nak tau apa yang ada? nah tengoklah…. kepok leko, ikan, sotong, udang celup tepung… wah wah sedapnyaaaa….


kalo korang nak tau, nilah tukang makannya….. aku sikit pun tak makan.. sebab ‘tak selera. aku banyak minum air je… time nih sempatlah kitorang ber re-unite sekejap dengan classmate.. iaitu duwang…. long time tak bejumpa dengan u duwang… huhu rindu

cerita kami tak habis kat sini begitu sahaja… kitorang bertolak pulak ke KL dan Kuala Pilah.. untuk ke majlis pertunangan nur hidayah bahar… our classmate too… untuk entry berikutnya, nanti kami up pulak gambar majlis hidayah… k see ya…
- 1 Comment »
- Posted in My Info, My Photo, My Travel