Tagged | by Syud
January 6th, 2009 by admin
sixteen
miss Syud telah tag saya.
Tajuknya 16 perkara rawak.
Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
ok. here goes. minumla air ke apa ke sebab panjang ni tau.
——————————–
1. Takleh hidup tanpa anak. Anak adalah segala-galanya…
2. Suka bershopping. Pantang ada duit dalam tangan, mesti nak belanja. Sangat la boros..
3. Slalu beli barang jenama yang sederhana. Pernah terlintas nak beli yang jenama ‘kow-kow’ tp rasa mcm tak selesa. Mungkin sbb tak suka jadi org kaya kot!! Jenama yang gemar beli adalah Elle, Levi’s (tapi pas beranak fobia la skit), Nike, Esprit, Bonia, Renoma dan beberapa lagi. Paling tak suka – Guess.. Eii, tah la. Tak minat la!!
4. Muka tak bleh blah.. Kah kah kah.. Kalo org 1st time jumpa mesti kata sombong. Tapi sebenarnya sgt la becok kalo dah kenal.. Kaklong penah ‘komplen’ ckp “hang ni kalo senyum, pada hang tu dah abis manis dah tapi pada org lain nampak cam biasa jer. Tak nampak langsung senyuman tuh!”
5. Terlalu sayangkan mak dan abah.. Sehinggan saat ini, saya tak mungkin akan dapat terima jika saya kehilangan salah seorang dari mereka.. Semoga Allah memanjangkan umur mereka..
6. Suami adalah cinta agung saya. Setelah berkahwin, suami sering mendorong saya utk menjadi lebih taat pada agama. Sering mengingatkan tentang solat, mengaji al-quran, bersedekah serta kewajipan-kewajipan lain.. Itu buatkan saya lebih cintakan dia. Semakin hari semakin kuat!!!
7. Saya sgt pantang ngan org yang bermuka-muka. Depan ckp lain, belakang ckp lain. Konon-konon depan saya, ok la..tapi belakang duk kutuk lagi. Kita igt suma dah setel, tetiba duk kata lagi.. Pastu tak ngaku dia wat camtu. Last2 nak tutup aib sendiri dia pun bukak la cita lain..Perangai sebijik cam kanak2! Ok la saya maafkan..Mungkin anda lum matang..
8. Tak kisah apa org nak kata or kutuk.. Oh, dulu mungkin saya amik pusing. Sekarang saya tak kisah lagi walaupun saya tau ‘dia’ sering menjaja nama saya dan ceritakan keburukkan saya.. Saya tak kisah dah. Yang penting satu hari nanti Allah akan tunjuk sapa btul dan sapa salah. Dan sekarang Allah dah tunjuk pun.. Camna cara Allah tunjuk?? Secara senyap-senyap, dan tak perlu saya bercerita sbb saya tak suka cerita keburukan org.. Tobat la wei!!!
9. Forgive and forget.. Ye ker?? Yer kalo kesalahan tu setakat 3..4..kali. Tapi kalo dah pijak2 kepala ni, sorry la beb!! Aku maafkan tapi aku takkan lupakan. Mak slalu pesan, apa pun org wat kat kita, kita redha dan maafkan dia. Halalkan apa yang pernah dia buat sbb kita bukan Allah utk meletakkan sesuatu yang halal kepada haram atau yang haram kepada halal. Yes, saya ikut ckp mak. Saya maafkan dia, dan saya halalkan segalanya. Tapi, kalo dah dipijak2, utk terima dia kembali.. mintak maaf.. Saya tak boleh..
10. Saya bukan seorang yang plastik.. Kalo saya tak suka seseorang, saya akan tunjuk!! (Tak main la konon-konon baik tapi kat belakang buat taik!!)
11. Mascara, Blusher : Estee Lauder
Compact Powder, Eye Liner : M.A.C
Lip Gloss : Bodyshop,
Syampoo : Loreal Elseve
Facial : Clinique
Perfume : Guess, Clinique, Davidoff, Kenzo ect.
12. Masa belajar penah ckp tak suka nak kerja as accountant. Tapi tetiba ini la kerjaya tetap! Hampeh. Memula tensen, tapi skrg dah ok! Enjoyz!! ( Harap2 gaji naik la sampai RM4k menjelang thn depan..leh ker??? Berangan..kah kah kah!!)
13. Target nak beli rumah thn ni jugak! Tak kira apa jadi! Ni la hala tuju utk thn ni.. Huhu.. (Tu sbb nak gaji naik sampai paling kurang RM4k..Boleh la…boleh la boss…)
14. Pernah membenci lelaki.. Tapi selepas ‘dikuliahkan’ org seorang ustaz, baru la tersedar.. Bukan semua org lelaki tu jahat! Jadi amatlah tidak adil menghukum semua org atas satu orang punya kesalahan (ada paham??)
15. Ada satu tabiat buruk masa pregnant dulu.. Suka cabut rambut sampai botak la sebesar 3x duit 50sen. Malu sgt.. (tapi masa buat, ‘layan’ jer!)
16. Tidak terlalu obsess dengan fesyen!
p/s : saya tak suka hasut org la..so tak perlu la hasut 16 org utk wat ni kot..
- No Comments »
- Posted in My Blog, My Life









![Avent Airflex Feeding Bottles (4oz) [Pack of 3]](http://www.farasaila.com/blog/wp-content/uploads/2008/12/31lwptg9onl__sl500_aa280_1.jpg)
![Avent Airflex Feeding Bottles (4oz) [Pack of 3]](http://www.farasaila.com/blog/wp-content/uploads/2008/12/aaaaaujwnnyaaaaaapgawa1.jpg)












