Adriana Ke Sunway Pyramid
December 30th, 2008 by Babah
Letih la baru balik dari Sunway Pyramid. Mula2 kitorang p ke Pejabat Agama Islam Negeri Selangoq dulu untuk buat kad kahwin. Sekali lagi diulang Kad Kahwin, bukan kad jemputan kahwin ye. Kad kahwin ni untuk pasangan yang dah berkahwin jer. Kalau tak ada kad tu kena bawak sijil njikah ke mana2 saja. tapi kalau ada kad kahwin tu, juz bawak kad tu jelah. Tak perlu nak bawak sijil nikah yang sebesaq kertas A4 tu.
Untuk pengetahuan semua, babah dan mummy tak pernah bawak pun sijil nikah tu ke mana2 tempat yang kitorang p. Mujoqlah tak pernah kena tahan dengan mana2 Pegawai Pejabat Agama Islam. Huhu… dah dapat baby baru nak gi buat. Yelah, sebelum nih babah kerja kat Perlis. Mana ada masa nak gi buat sesama. Sekarang dah pindah kerja kat Kola Lumpur nih dah boleh la gi buat kat Shah Alam.
Lepas selesai buat kad kahwin tu, kitorang saja bawak Adriana jalan2 ke Sunway Pyramid, Subang, Malaysia. Ehhehe… kebetulan mak sedara dia kerja part time kat Waffer World Sunway Pyramid tu. Dah lama gamaknya si mak sedara dia tak tengok Adriana. So untuk penuhi hajat dia, kitorang bawak lah Adriana p jumpa dia. Apalagi, bila lama tak jumpa, lepas geram bukan main lagi kat Adriana. Kitorang tak payah susah2 nak usung ke sana ke mari. Mak sedara dia je yang asyik excited. Takpa lah, bagi peluang. Heheh…
Lepas dah jumpa tu, kitorang p la kat Al Ikhsan Sunway Pyramid tu untuk cari sandal Nike yang di idamkan mummy dia. Dah puas cari, saiz Adriana memang tak ada yang sesuai pada umur baby cam dia tu…. Mummy dia kata beli jer sandal Adidas. Babah pulak kata sandal Adidas kan ke dia dah ada. Duk tersimpan elok lagi dalam kotak. Hehehhe…. Babah pun berkenan jugak sandal Adidas yang mummy nak tu. Tapi yelah, dah ada Adidas tak kanlah nak beli Adidas lagi.
Sambil2 pusing dalam Al Ikhsan tu, Adriana sempat possing dekat player team kegemaran babah dia. For sure la Manchester United FC. Heheh… Go Berbatov Go… sebelah jersi MUFC plak ada jersi The Gunners. Heheh… Selamber Adriana possing dengan babah. Si mak sedara dia tolong snap kan gambar guna Kamera Handphone Sony Ericsson W660i. Sorry la gambar tak lawa sebab kalau nak gi jalan dekat2 ni memang babah tak pernah ajar bawak DSLR pun. DSLR tu guna untuk jalan2 jauh, buat job dan yang berkepentingan jelah.
- No Comments »
- Posted in My Baby, My Family, My Info, My Song
Adriana ke Alpha Angle
December 28th, 2008 by admin
Arini mummy n babah bawak Adriana ke Alpha Angle aka Jusco Wangsa Maju. Tujuan utama g sana sbb mummy nak shopping baju utk ke opis memandangkan Jumaat depan mummy dah start keje. Tambah pulak baju lama suma mummy dah tak leh pakai.. Sesambil tu babah nak anta gamba kat client.
Adriana arini lain skit. Slalunyer kalo bawak kuar, Adriana byk tido jer. Tapi kali ni, Adrina asyik nak sembang je terutama masa kami makan. Jenuh gak la layan dia. Terpaksa la mummy n babah makan bergilir-gilir..
B4 balik, kami masuk MPH. Babah nak cari buku. Tapi, sudahnya mummy n nana yang beli. Babah tak beli apa pun.. Hehehe..
Mummy belikan flash card utk Adriana. Mungkin sesetengah org akan gelak sbb baby 2bulan bukan kenal apa pun. Tapi bg mummy, sblm dia kenal ‘apa2′ lebih baik kita tanam minat supaya baby minat utk belajar. So far alhamdulillah. Adriana suka sgt dengan flash card dier.. Mummy plak beli buku ‘Shopaholic and Baby’.. (Ceh, org lain dah ‘khatam’ dari kulit ke kulit, mummy baru terhegeh2 nak baca). Dah lama tak membaca. Rindu plak..Hehehe…
Ari Selasa igt nak g Sunway Pyramid plak kot.. Babah cuti sampai 1st January.. So, leh la jejalan.. Yahoo…
Gambar :
Two sets of flash card for Adriana and story book for mummy
Bestnyer tido..
Babah yang tekun membaca..
p/s : Jumaat dah start masuk keje. Patutnya Selasa..Tapi, mummy ponteng 2 ari.. Hehehe.. Kalo nak trus cuti, tapi gaji trus jalan leh tak??? Kah kah kah..
Adriana | Arini dah masuk 2bulan!!!
December 28th, 2008 by admin
Baby mummy n babah dah masuk 2bulan..
Dalam usia camni, Adriana dah pandai senyum, ketawa, mula pusing2 badan nak meniarap. Adriana suka kalo mummy tunjuk flash card (nampak macam mununjukkan minat utk belajar..moga2..amin..)
Kalo sesiapa agah2, Adriana suka ketawa… Ehm, kalo org marah pun dia ketawa gaks!!
Adriana tak byk meragam cam baby lain..senang nak mengasuh..
Mummy n babah doakan Adriana trus membesar ngan sihat dan membesar bagai johan.. Bukan Johan Jozan tu tau!!!
Ok, ni skit gambar2 Adriana yang terbaru..
Check..check.. check it out.. (bak kata saiful aka apek)
- No Comments »
- Posted in My Baby, My Life, My Photo
Adriana Ke KLCC..
December 26th, 2008 by admin
Siang tadi mummy n babah bawak Adriana g KLCC. Saje jer nak jalan2 bawak Adriana.. Memula igt nak g IKEA or Midvalley, tapi bila pikir ari ni Jumaat, better g KLCC. Senang babah nak g Jumaat.. Takde wat apa sgt kat KLCC. Window shopping jer. Mummy sempat gak la sebat satu handbag. Ala, handbag CarloRino je. Bukan per, handbag mummy suma kecik. Ni bila dah ada baby nak kena bawak botol susu la, diapers la, baju la.. Nak bawak beg lain macam malas je. So, mummy carik la beg besar skit. Disebabkan ekonomi kurang baik..mummy amik la yang bawah RM200.. thanx la Parkson sbb wat sale.. Kalo tak rabak gak la poket mummy..
Gambar :
Kami di hadapan KLCC
Adriana ni tido je sepanjang kat KLCC.. Bangun utk minum susu jer!
Sejak ada anak, makan sedap camner pun, letak tepi.. Anak didahulukan..
p/s : Bestnyer bawak baby g jln.. Tak caye, try la..
Promotion | Avent Airflex Feeding Bottles
December 19th, 2008 by admin
Avent Airflex Feeding Bottles (4oz) [Pack of 3]
Semalam g Carrefour. Niat nak carik baju kurung utk ke kenduri Bunda kat Lipis esok. Almaklumlah, baju mummy byk yang dah takleh pakai. Cari punya cari, punya cari, takde pun yang berkenan. Last2 masuk la hypermarket cari diapers n susu Adriana. Takde stok jugak. Pastu baru mummy teringat nak beli botol susu lagi nak tambah. Masa bayar tu, mummy tinggalkan babah bayar sengsorang. Mummy pun meluru ke kedai Anakku. Niat nak beli satu jer memandangkan kat umah ada lebih dr 5botol susu dah.
Tetiba ternampak promotion nih..
Normal Price : RM60.90
Promotion Price : RM44.90
Wah!! Banyak murah la!! Apalagi, mummy amik la trus bayar. Yerla, kalo sebotol pun harga kalo tak silap RM27.90.. Kira murah giler la beli pack of 3 nih. Ala, kalo tak guna suma pun..leh simpan. Lama lagi nak pakai.
p/s : ni botol 4 oz jer, cute n sesuai utk Adriana yang slalu minum 3 oz jer..
- No Comments »
- Posted in My Baby, My Blog, My Info
Susu Terbaik Utk Baby
December 19th, 2008 by admin
Setakat ni, sejak lahir Adriana minum susu campur2. Susu cap gantung n susu formula. Mummy campur sebab masa Adriana masuk ICU mmg dia diberi susu formula. So, bila balik umah dia lagi selesa susu botol la. Tambah pulak susu badan mummy seminggu baru ada. Lepas mengurut. Tu pun tak la banyak sgt.
Memula babah tak tau nak beli susu aper utk anak dia ni. Pastu Paklong Adi suggest kan minum susu Enfalac. Bagus katanya..
So far suma ok. Sejak minum susu ni takde la plak Adriana meragam sakit perut ke, kembung ke, susah berak ke. Cuma bila mummy salah makan jer Adriana ni sakit perut. Yelah sbb susu badan pun Adriana minum. Kalo fully amik Enfalac, takde plak masalah. Mmg ok la. Haziq anak Paklong Adi pun mmg minum sejak kecik. Sekang umur setahun+ dah pandai kenal benda, gamba kat buku. Kira cepat la ‘menangkap’ bila org ajar.
Ehm, demam pun jarang. Yang mummy igt Adriana penah demam masa dia amik Enfalac kotak biru.. Sebab dia sesuai dengan Enfalac A+ (tin hijau + gold). Mahal la skit, tapi sgt bagus. Harga dia, paling murah mummy penah tgk kat Carrefour - RM68.90 (tapi tadi nak beli, dah abis stok). Slalu mummy beli kat Giant - RM69.90 ~> ni harga utk 850g. Satu tin ni tahan la seminggu lebih. Tambah tolak kiranya dalam sebulan tu abis 3 tin la..
P/s : Mummy mmg suggest susu ni. Mmg ok. Tapi, mungkin suma baby tak sama. Tapi, dis is the best formula for my baby la.. Mummy mmg puas hati setakat ni. Cuba la!!
- No Comments »
- Posted in My Baby, My Blog, My Food, My Info
Aunty Ita tagged Mummy
December 18th, 2008 by admin
1) do you think you’re hot?
hot yang panas!!! kah kah kah
2) upload your favourite picture of you
3) what do you like that picture
Kemesraan anak dan ibu.. Sebenarnya Adriana marah mummy sbb tak layan dier..
4) when was the last time u ate pizza?
last two days. kaklong blanjer..
5) the last song u listened to?
all cried out
6)what are u doing right now besides this?
duk tgk babah layan Adriana sembang-sembang.
7)what name would u prefer besides yours?
tah la.. nama yang mak abah bg n nama yang husband panggil suma dah cukup sempurna..
ppl i tag :
1)yong aka gina manan
2)kak syaf
3)farashafiqah
4)…
5)???
6)!!!
8 ) who is no.1
jiran sebelah umah..
9) who is no.2?
ehm..mummy kepada baby lyana n wife kepada mr tut tut..
10) say something abt no.5
???
11) how abt no.4?
…
12) who is no.3?
ika..youngest sis
13) finally,tell abt no.6
!!!
p/s : dah abis wat benda ni, pusing tgk anak n bapak dua-dua dah ‘belayar’..siap berdengkur n meleleh air liur. Adoi, bapak ngan anak sama ja!!
The Best Stroller ~ for Adriana
December 17th, 2008 by Babah
Wah, tajuk cam gempak..Sebenarnya bukan best for Adriana jer.. Best for babah n mummy jugak!! Sebab per?? Hah, teruslah membaca.. Sambil2 tu leh la mummy bagi skit tips pada korang camner nak beli stroller or brg baby yang berbaloi, menjimatkan dan bijak!!
But b4 that, meh mummy story skit pasal sweet cherry. Memula, mummy tak tau pun jenama ni. Masa mummy chatting ngan Uncle Zool (yang masa tu pun tgh menunggu kalahiran baby) dia pun bgtau. Jenama ni bagus n berkualiti + murah. Benda pertama yang mummy beli ialah bouncer jenama sweet cherry. Tapi takde la plan nak beli suma jenama ni pun..
Tapi camner tah, terbeli byk la gak jenama ni..Tilam, bouncer, stroller, carseat.. Semua secara tak sengaja la. Aper2 pun, thanx to Uncle Zool sbb kenalkan kepada mummy. Yes, harga murah dan barang pun ok! Sesuai la utk kami yang baru nak mula kenal erti hidup ni..
Berbalik pada cerita asal…
Last Sunday, mummy n babah belikan buah hati kami kereta kiut dengan harapan mudahlah kitorang nak bawak Adriana jalan2 nanti. Takde la lenguh tangan mummy n babah duk bergilir2 kelek baby sayang nih. Sebenarnya kalo ikut hati, mummy sebelum beranak lagi mummy nak beli. Nasib baik la babah ni penyabar. Kalo tak, tah aper2 je mummy beli.
Dalam duk survey2 dua tiga bulan ni, so kami dah sepakat nak cari stroller yang mempunyai kriteria2 berikut :
1) Ciri2 keselamatan yang tinggi (sapa tak sayang anak oiii)
2) Harga yang berpatutan (adoi, sorry la sayang. Mummy n babah gaji bukan la lebat nak belikan yang ribu riban yer)
3) 3-wheel stroller (sbb nampak smart)
4) Saiz yang tak terlalu besar (almaklum sajalah, kete mummy n babah kecik jer. Kang tak muat plak)
5) Bentuk yang cool n stylo (cewah2!!-ye ye ajerrrr!!!)
Nak jadi cerita, masa mummy ikut babah g amik MyKid Adriana (lebih kurang masa Adriana btul2 sebulan-maknanyer mummy masih dalam pantang!!..kah kah kah.. belum abis pantang dah berjalan2!!) mummy g la Kedai Baby’s World.
Tetiba ternampak stroller ni…
S200 Jogger (Sweet Cherry)
Harga cuma RM279
Ciri-ciri :
Net Weight : 9kg
Features : Suitable from birth till 4 years
Five-point safety harness
3-position adjustable backrest
Lockable front wheel and all round suspension
Large shopping basket
Ok jugak. Mummy suka. Lagi plak ada warna pink. Sesuai la utk Adriana. Tapi bila babah tgk, babah ckp..
“Besar la Hani. Muat ke nak masuk Myvi??”
Kitorang pun suro la pekerja kedai tu lipat utk tgk saiz. Muat mungkin muat. Tinggal lagi, dah takde space la nak letak benda lain.. Mummy dah excited nak beli. Babah lak suro tunggu dulu. Babah ckp nak survey tempat lain dulu. Ok la. Mummy ikut jer!!
Dalam duk survey2 tuh, mummy jumpa la plak stroller ni masa mummy temankan bunda beli barang persiapan kawen bunda. Kecik la dr yang kat atas tuh. Jenama Sweet Cherry jugak!
S400 SCR3 Jogger
Harga RM439 + 20% discount
Ciri-ciri :
Net Weight : 7kg
Features : Suitable from 6 months till 4 years
Light weight anodized aluminium frame
2-position adjustable seat
Compact fold with co-ordinating bag
Lockable, double front swivel wheel and all around suspension
Kira ok la. Kecik skit. Mummy nak beli yang ni la. So, last Sunday masa kuar ngan babah n Adriana, mummy pun tunjuk la kat babah. Babah plak kurang minat sebab takde palang. (Ala, tempat baby letak tangan bila dah bleh duduk nanti..) Dari yang ni, baik amik yang 1st tadi (S200 Jogger). Mummy dah malas, mummy ok je la. Bila tanya promoter, rupanya takde stok. Apa lagi, mummy mintak la yang ni. Adoi, takde stok jugak. Apala Jusco AU2 ni. Tau la baru bukak, tapi takkan suma pun takde stok!! Frustnyer!! (Tapi, nasib baik jugakla tak de stok. Tgk la - Suitable from 6 months till 4 years!!)Mmg tak sesuai utk puteri mummy nih.
Babah slow2 tarik tangan mummy n ckp, kita balik tgk website dulu la ek. Survey dalam internet. Walaupun kecewa, mummy ikutkan jugak la..
Balik, trus carik kat internet. Then kitorang jumpa yang ni!!
S301 SCR6 Stroller
Harga RM429 (Bestbuy-maknanyer..takde diskaun!!)
Ciri-ciri :
Net Weight : 8.4kg
Features : Suitable from birth till 4 years
Innovative design and portable lifestyle stroller
Lightweight aluminium frame
Adjustable backrest and footrest
Can be in forward or rearward facing
Travelling system : Compatible with C100 with additional adapter
C100?? Yang mana ek?? Owh, rupanya yang nih..
C100 SCR7 Carrier Carseat
Harga RM159 (Bestbuy jugak)
Ciri-ciri :
Net Weight : 3.4kg
Features : Suitable from birth to 10kg
Light weight and portable infant carseat/ carrier/ rocker
3-point, 1-pull padded safety harness
Travelling system : Compatible wit S300A and S301 strollers with additional adapter
So, bila S301 SCR6 Stroller digunakan bersama C100 SCR7 Carrier Carseat, begini la rupanya…
S301 SCR6 + C100 SCR7
Coolkan??
Terpikir plak kalo nak jalan jauh ker, nak balik kg ker.. Senang. Cabut seat kat stroller, (bawak balik besi n roda tu jer) then dalam kete pakai car seat. Dah jimat ruang kete. Tambah plak, Adriana tido slalunya dalam bouncer ni..
R101 Fun Bouncer
Jadi, tak perlu la bawak balik bouncer ni, guna carseat ni pun leh jugak. Leh wat jadi rocker. Kira berbaloi gila.. Rupa, sgt smart..plus bleh bawak sambil mengadap baby or melalui belakang baby. Tu yang lagi rasa kuat nak beli tuh!
Apalagi, mummy ngan babah trus ke Jusco Wangsa Maju plak. Nasib baik ada stok. Akhirnya, Adriana dapat jugak kete sendiri. Pasni leh la mummy n babah bawak jalan2 tempat lain skit..
p/s : Ni la antara tips membeli stroller dan barang baby yang boleh mummy kongsikan.. Jimat, berguna, mudah dan bergaya. Cewah!! Tak sabar nak tgk Adriana besar skit. NAk bawak jalan2 gi zoo plak!!
Cuba Menjadi Seorang Bayi Stylo
December 4th, 2008 by admin
Dah dua malam berturut-turut, babah dan mummy berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan shot Adriana untuk membuat gambar paspot. Ternyata Adriana ni tak memahami apa kehendak babah dan mummy. Adriana memang tak reti possing macam kat kedai gambar. Nak tak nak terpaksalah amik gambar dia ikut suka hati babah dan mummy dia. Kalau nak tengok aksi-aksi yang tak sedap mata memandang, korang bolehlah tengok Thaleah Adriana possing ikut sedap hati dia je.
Lagi aksi-aksi entah apa apa entah dari Adriana bolehlah ditengok kat sini
- No Comments »
- Posted in My Baby





























![Avent Airflex Feeding Bottles (4oz) [Pack of 3]](http://www.farasaila.com/blog/wp-content/uploads/2008/12/31lwptg9onl__sl500_aa280_1.jpg)
![Avent Airflex Feeding Bottles (4oz) [Pack of 3]](http://www.farasaila.com/blog/wp-content/uploads/2008/12/aaaaaujwnnyaaaaaapgawa1.jpg)







