Nightmare | Kedah 1 - 4 Selangor

January 4th, 2009 by Babah

Juara treble dibelasah

‘Badi Phuket’ terus hantui penjaga gol Kedah, lepas 3 gol separuh masa pertama

Kedah kena ganyang

Itulah tajuk berita yang memanaskan dunia sukan Malaysia pada hari ini. Mana tidaknya, pasukan kesayangan kami, Kedah telah diaibkan di laman sendiri pada perlawanan pertama Liga Super 2009 dan juga merupakan perlawanan Akhir Piala Sumbangsih. Kedah telah tewas 4 - 1 hasil kecuaian dan ‘badi’ yang masih melekat pada penjaga gol utama Negeri Kedah iaitu Helmi Eliza Elias atau lebih dikenali dengan ‘Mie Yeh’. Namun mujurlah kelemahan itu dapat dikesan oleh Coach Azrai Khor Abdullah pada perlawanan pertama. Namun perjalanan untuk mengharungi musim 2009 masih lagi panjang. Jadi pasukan Kenari tidak mahu akur dengan kekalahan pertama tersebut. Musim lepas pun Kenari tewas jugak pada perlawanan pembukaan menentang Perlis dalam Piala Sumbangsih. Namun pada tahun tersebut Kenari berjaya jugak rangkul 3 piala iaitu Piala Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia.

Pada 2hb Januari, Babah sempat menyertai rombongan yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong HijauKuning.Com menonton perlawanan pembukaan Liga Super 2009 dan juga Piala Sumbangsih di Stadium Darul Aman. Perjalanan yang bermula dari Stadium Bukit Jalil dimana sebuah bas telah ditempah bagi membawa penyokong2 Kedah ke Bandar Darul Aman. Berkumpul seawal jam 7.30pagi di Stadium Bukit Jalil telah membuktikan bahawa ‘Sokongan Kami Bukan Sekadar Menang, Sokongan Kami Sepanjang Zaman’. Bas yang telah ditempah telah diisi penuh dengan Penyokong2 HKC Lembah Kelang dan juga tak kurang juga ahli yang datang dari Melaka, Negeri Sembilan dan juga Pahang bagi turut serta Ahli HKC Lembah Kelang untuk berkunjung ke Stadium Darul Aman.

Dalam perut bas diisi dengan drum, drum stick, bendera2 dan juga banner2 bagi menyemarakkan semangat penyokong dan pemain2 Kenari. Setelah bertolak dari Stadium Bukit Jalil, ahli2 diminta supaya memperkenalkan diri masing2 dalam sesi taa’ruf. Selepas itu ahli2 dihidangkan dengan rakaman DVD permainan lepas di dalam bas tersebut. Serba serbi dibuat bagi menghilangkan rasa kebosanan ketika mengharungi perjalanan 400km lebih menuju ke utara.

Sampai saja di Sungai Petani, ahli-ahli rombongan telah dijemput oleh salah seorang ahli HKC iaitu Qfirdaus untuk ke kediaman keluarga bagi membuat sedikit tahlil dan doa sempena pemergian ibundanya ke rahmatullah. Selesai sahaja tahlil, kami dihidangkan dengan jamuan tengahari.

Selepas selesai mengadakan majlis tersebut, perjalanan diteruskan ke destinasi berikutnya iaitu Masjid Alor Merah. Rombongan membuat sembahyang jama’ di masjid tersebut. Selepas selesai sembahyang jama’, kami menziarahi pusara Dato’ Ahmad Basri Akil yang terletak dalam perkarangan Masjid Alor Merah tersebut. Kira2 jam 5.15 petang, bas tiba di Stadium Darul Aman.

Seperti biasa kami berkumpul bagi memeriahkan suasana dengan memukul drum di sekitar kawasan stadium. Ternyata HKC telah membawa kelainan di stadium. Sepanjang dram dibunyikan semua ahli HKC menyanyikan lagu2 rakyat, lagu Hijau Kuning dan sebagainya. Fuiiyooooo!!!! ramai tu orang berkumpul menyaksikan Geng2 HKC membuat persembahan ala kadar di perkarangan stadium tu.

Jam dah 6.30 petang. Kami semua beratur bagi memasuki ke Stadium Darul Aman iaitu stadium keramat bagi pemain dan penyokong pasukan Kenari. Jam 7.00malam hampir penuh kerusi dipenuhi oleh penyokong2 setia Hijau Kuning. Masuk waktu maghrib, kami sempat berjemaah di surau teres penonton. Sepanjang menanti giliran nak solat tu, kurang2 dah 3 kumpulan melakukan solat maghrib jemaah. Ternyata masih ramai penonton yang datang tengok bola kat stadium masih ingatkan Allah.

Jam 8.45malam permainan bermula. Kami dikejutkan jaringan pertama pada minit ketiga oleh Amri Yahyah. Namun pemain2 masih lagi bersemangat untuk mengurangkan defisit jaringan gol. Pada minit ke 32 penyokong dikejutkan lagi dengan jaringan ke2 oleh Selangor menerusi Zameer Zainun pada minit ke 32. Pada minit ke 36 pula penonton tergamam hasil jaringan gol Amri Yahyah. Ramai penonton mula hilang semangat. Akibat dari jaringan tersebut Mie Yeh telah ditukarkan dengan Mohd Al-Hafiz, penjaga gol simpanan. Namun pada minit ke58 pula, Safee Sali menambah derita Kedah apabila merembat kencang dari jarak luar kotak penalti bagi menambah koleksi gol ke4 Selangor. Kedah hanya mampu menambah gol pada pertama dan terakhir pada minit ke 89. Namun semuanya itu sudah terlewat buat Kedah.

Gambar-gambar kat bawah ni menceritakan sedikit sebanyak aktiviti kami di sepanjang perjalanan ke Stadium Darul Aman bagi menentang Selangor Darul Ehsan pada perlawanan pertama Liga Super 2009.

Mummy | Dah Start Keje Arini..

January 2nd, 2009 by admin

Wah..setelah bercuti panjang, makanya arini mummy kene mula kerja seperti biasa. Bangun pagi rasa liat n malas sgt2.. Yelah dah terbiasa bgn pagi2 tak perlu terkejar2 mandi, bleh relax2.. Tetiba pagi ni kena bgn awal. Adriana plak start kul 4pagi dah bagun kejut mummy. Pas minum susu, Adriana takmo tido jugak. Ajak mummy sembang-sembang. Adoi la sayang, saje je kan tak bagi mummy peluang nak tido lebih skit???

Sepatutnya kalo diikutkan, mummy patut start keje Selasa lepas. Tapi mummy sambung cuti sampai 1hb. Saje nak mula keje pada tahun baru dengan azam baru..APA AZAM TAHUN NI EK???

Tahun lepas hampir semua azam mummy tercapai seperti, nikah ngan babah, nak ada anak sendiri, nak ada keje yang stabil.. Alhamdulillah. Utk tahun 2009, ada jugak target yang nak dicapai. Tapi kali ni lain skit sbb ini bukan azam mummy sorang. Ni azam kami berdua. (Mummy n babah) Agak2 apa ek azam???

Nak tambah anak????

Huhuhu..Giler ko! Takde la, itu bukan la azam thn ni (tapi kalo rezeki takde la nak tolak kan???)

Tahun ni mummy n babah nak memiliki sebuah rumah. Tak kira la jenis apa. Yang penting selesa n sesuai ngan ‘poket’ kami. Nak mula idup beli yang kecik2 dulu pun takpa. Nanti dah stabil, income pun besar skit baru pikir pasal kehendak. Buat masa ni pikir utk keperluan dulu.. Tu je azam n target thn ni. Harap2 tercapai la.. Doakan yer!! Jadi utk mencapai target ni, mummy perlu lupakan shopping, seronok2 dan holiday.. Huhu, sedey!! Tapi takpe, ini utk hidup, matlamat dan arah tuju.. Hidup tanpa matlamat, sgt membosankan!!!

Susah gak idup tanpa shopping kan???Huhu

p/s : perlu ke letak target nak kurus??? tak yah kut ek???

Crazy in Love

December 31st, 2008 by admin

p/s : aku cinta dia mak!!!!

Adriana ke Alpha Angle

December 28th, 2008 by admin

Arini mummy n babah bawak Adriana ke Alpha Angle aka Jusco Wangsa Maju. Tujuan utama g sana sbb mummy nak shopping baju utk ke opis memandangkan Jumaat depan mummy dah start keje. Tambah pulak baju lama suma mummy dah tak leh pakai.. Sesambil tu babah nak anta gamba kat client.

Adriana arini lain skit. Slalunyer kalo bawak kuar, Adriana byk tido jer. Tapi kali ni, Adrina asyik nak sembang je terutama masa kami makan. Jenuh gak la layan dia. Terpaksa la mummy n babah makan bergilir-gilir..

B4 balik, kami masuk MPH. Babah nak cari buku. Tapi, sudahnya mummy n nana yang beli. Babah tak beli apa pun.. Hehehe..

Mummy belikan flash card utk Adriana. Mungkin sesetengah org akan gelak sbb baby 2bulan bukan kenal apa pun. Tapi bg mummy, sblm dia kenal ‘apa2′ lebih baik kita tanam minat supaya baby minat utk belajar. So far alhamdulillah. Adriana suka sgt dengan flash card dier.. Mummy plak beli buku ‘Shopaholic and Baby’.. (Ceh, org lain dah ‘khatam’ dari kulit ke kulit, mummy baru terhegeh2 nak baca). Dah lama tak membaca. Rindu plak..Hehehe…

Ari Selasa igt nak g Sunway Pyramid plak kot.. Babah cuti sampai 1st January.. So, leh la jejalan.. Yahoo…

Gambar :

Two sets of flash card for Adriana and story book for mummy

Bestnyer tido..

Babah yang tekun membaca..

p/s : Jumaat dah start masuk keje. Patutnya Selasa..Tapi, mummy ponteng 2 ari.. Hehehe.. Kalo nak trus cuti, tapi gaji trus jalan leh tak??? Kah kah kah..

Adriana Ke KLCC..

December 26th, 2008 by admin

Siang tadi mummy n babah bawak Adriana g KLCC. Saje jer nak jalan2 bawak Adriana.. Memula igt nak g IKEA or Midvalley, tapi bila pikir ari ni Jumaat, better g KLCC. Senang babah nak g Jumaat.. Takde wat apa sgt kat KLCC. Window shopping jer. Mummy sempat gak la sebat satu handbag. Ala, handbag CarloRino je. Bukan per, handbag mummy suma kecik. Ni bila dah ada baby nak kena bawak botol susu la, diapers la, baju la.. Nak bawak beg lain macam malas je. So, mummy carik la beg besar skit. Disebabkan ekonomi kurang baik..mummy amik la yang bawah RM200.. thanx la Parkson sbb wat sale.. Kalo tak rabak gak la poket mummy..

Gambar :

Kami di hadapan KLCC


Adriana ni tido je sepanjang kat KLCC.. Bangun utk minum susu jer!

Sejak ada anak, makan sedap camner pun, letak tepi.. Anak didahulukan..

p/s : Bestnyer bawak baby g jln.. Tak caye, try la..

Mummy | Jeans Baru utk Mummy

December 25th, 2008 by admin

Tadi, mummy n babah kuar ke Ampang Point. Saja keluar berdua berdating sambil beli barang dapur.. Dah sekian lama tak g Ampang Point. Masuk je nampak Butik Levi’s.. Mummy bgtau babah.. Babah senyum.

Pastu trus masuk giant beli barang2 dapur. Dah sudah membeli babah tanya mummy mana Levi’s td.. Babah ajak mummy g sana. Mummy igt babah nak beli utk dia. Rupanya nak bagi mummy..

Sebenarnya sejak beranak ni, mummy mmg fobia nak masuk Levi’s. Sbb nyer??? Sbb mummy sgt la setia ngan Levi’s. Semua jeans mummy Levi’s. Tapi, alangkah tragiknya apabila semua Levi’s mummy dah tak leh pakai!!! Utk elak sedih yang melampau, mummy simpan suma tu dalam almari adik mummy. Sbb tanak tgk.

Memula masuk butik tu agak ragu2 jugak la kan.. Nasib baik babah bagi kekuatan.. Mummy masuk la. Hehehe.. Trus ke sebelah seluar lelaki (sbb cutting pompuan konfem takde la kan utk mummy).. So, yang sesuai ngan mummy 505 or 501 je la. Try nyer try, amik la satu.. Babah belanja.. Thanx sayang sbb bg mummy kekuatan utk pakai jeans semula.. Ikut hati tanak dah!!

Gambar :

Ni masa babah tgh belek2 carikan design yang sesuai utk mummy..

Ok, dah beli..
Thanx babah!!!

p/s : Babah slalu ckp ngan mummy…Tak payah risau sgt pasal berat naik. Babah skit pun tak kisah.. Ehm..yeke tak kisah??? Kalo tak kisah, mummy pun malas pikir dah la. Kalo rasa berat ni nak turun..dia turun la kan? Kalo tanak turun dah pun tak pe la.. Asalkan kami bahagia.. Cayang babah byk2!!!

Aunty Ita tagged Mummy

December 18th, 2008 by admin

1) do you think you’re hot?
hot yang panas!!! kah kah kah

2) upload your favourite picture of you

3) what do you like that picture
Kemesraan anak dan ibu.. Sebenarnya Adriana marah mummy sbb tak layan dier..

4) when was the last time u ate pizza?
last two days. kaklong blanjer..

5) the last song u listened to?
all cried out

6)what are u doing right now besides this?
duk tgk babah layan Adriana sembang-sembang.

7)what name would u prefer besides yours?
tah la.. nama yang mak abah bg n nama yang husband panggil suma dah cukup sempurna..

ppl i tag :

1)yong aka gina manan
2)kak syaf
3)farashafiqah
4)…
5)???
6)!!!

8 ) who is no.1
jiran sebelah umah..

9) who is no.2?
ehm..mummy kepada baby lyana n wife kepada mr tut tut..

10) say something abt no.5
???

11) how abt no.4?

12) who is no.3?
ika..youngest sis

13) finally,tell abt no.6
!!!

p/s : dah abis wat benda ni, pusing tgk anak n bapak dua-dua dah ‘belayar’..siap berdengkur n meleleh air liur. Adoi, bapak ngan anak sama ja!!

The Best Stroller ~ for Adriana

December 17th, 2008 by Babah

Wah, tajuk cam gempak..Sebenarnya bukan best for Adriana jer.. Best for babah n mummy jugak!! Sebab per?? Hah, teruslah membaca.. Sambil2 tu leh la mummy bagi skit tips pada korang camner nak beli stroller or brg baby yang berbaloi, menjimatkan dan bijak!!

But b4 that, meh mummy story skit pasal sweet cherry. Memula, mummy tak tau pun jenama ni. Masa mummy chatting ngan Uncle Zool (yang masa tu pun tgh menunggu kalahiran baby) dia pun bgtau. Jenama ni bagus n berkualiti + murah. Benda pertama yang mummy beli ialah bouncer jenama sweet cherry. Tapi takde la plan nak beli suma jenama ni pun..
Tapi camner tah, terbeli byk la gak jenama ni..Tilam, bouncer, stroller, carseat.. Semua secara tak sengaja la. Aper2 pun, thanx to Uncle Zool sbb kenalkan kepada mummy. Yes, harga murah dan barang pun ok! Sesuai la utk kami yang baru nak mula kenal erti hidup ni..

Berbalik pada cerita asal…

Last Sunday, mummy n babah belikan buah hati kami kereta kiut dengan harapan mudahlah kitorang nak bawak Adriana jalan2 nanti. Takde la lenguh tangan mummy n babah duk bergilir2 kelek baby sayang nih. Sebenarnya kalo ikut hati, mummy sebelum beranak lagi mummy nak beli. Nasib baik la babah ni penyabar. Kalo tak, tah aper2 je mummy beli.

Dalam duk survey2 dua tiga bulan ni, so kami dah sepakat nak cari stroller yang mempunyai kriteria2 berikut :

1) Ciri2 keselamatan yang tinggi (sapa tak sayang anak oiii)
2) Harga yang berpatutan (adoi, sorry la sayang. Mummy n babah gaji bukan la lebat nak belikan yang ribu riban yer)
3) 3-wheel stroller (sbb nampak smart)
4) Saiz yang tak terlalu besar (almaklum sajalah, kete mummy n babah kecik jer. Kang tak muat plak)
5) Bentuk yang cool n stylo (cewah2!!-ye ye ajerrrr!!!)

Nak jadi cerita, masa mummy ikut babah g amik MyKid Adriana (lebih kurang masa Adriana btul2 sebulan-maknanyer mummy masih dalam pantang!!..kah kah kah.. belum abis pantang dah berjalan2!!) mummy g la Kedai Baby’s World.
Tetiba ternampak stroller ni…

S200 Jogger (Sweet Cherry)

Harga cuma RM279

Ciri-ciri :

Net Weight : 9kg
Features : Suitable from birth till 4 years
Five-point safety harness
3-position adjustable backrest
Lockable front wheel and all round suspension
Large shopping basket

Ok jugak. Mummy suka. Lagi plak ada warna pink. Sesuai la utk Adriana. Tapi bila babah tgk, babah ckp..

“Besar la Hani. Muat ke nak masuk Myvi??”

Kitorang pun suro la pekerja kedai tu lipat utk tgk saiz. Muat mungkin muat. Tinggal lagi, dah takde space la nak letak benda lain.. Mummy dah excited nak beli. Babah lak suro tunggu dulu. Babah ckp nak survey tempat lain dulu. Ok la. Mummy ikut jer!!

Dalam duk survey2 tuh, mummy jumpa la plak stroller ni masa mummy temankan bunda beli barang persiapan kawen bunda. Kecik la dr yang kat atas tuh. Jenama Sweet Cherry jugak!

S400 SCR3 Jogger

Harga RM439 + 20% discount

Ciri-ciri :

Net Weight : 7kg
Features : Suitable from 6 months till 4 years
Light weight anodized aluminium frame
2-position adjustable seat
Compact fold with co-ordinating bag
Lockable, double front swivel wheel and all around suspension

Kira ok la. Kecik skit. Mummy nak beli yang ni la. So, last Sunday masa kuar ngan babah n Adriana, mummy pun tunjuk la kat babah. Babah plak kurang minat sebab takde palang. (Ala, tempat baby letak tangan bila dah bleh duduk nanti..) Dari yang ni, baik amik yang 1st tadi (S200 Jogger). Mummy dah malas, mummy ok je la. Bila tanya promoter, rupanya takde stok. Apa lagi, mummy mintak la yang ni. Adoi, takde stok jugak. Apala Jusco AU2 ni. Tau la baru bukak, tapi takkan suma pun takde stok!! Frustnyer!! (Tapi, nasib baik jugakla tak de stok. Tgk la - Suitable from 6 months till 4 years!!)Mmg tak sesuai utk puteri mummy nih.

Babah slow2 tarik tangan mummy n ckp, kita balik tgk website dulu la ek. Survey dalam internet. Walaupun kecewa, mummy ikutkan jugak la..

Balik, trus carik kat internet. Then kitorang jumpa yang ni!!

S301 SCR6 Stroller

Harga RM429 (Bestbuy-maknanyer..takde diskaun!!)

Ciri-ciri :

Net Weight : 8.4kg
Features : Suitable from birth till 4 years
Innovative design and portable lifestyle stroller
Lightweight aluminium frame
Adjustable backrest and footrest
Can be in forward or rearward facing
Travelling system : Compatible with C100 with additional adapter

C100?? Yang mana ek?? Owh, rupanya yang nih..

C100 SCR7 Carrier Carseat

Harga RM159 (Bestbuy jugak)

Ciri-ciri :

Net Weight : 3.4kg
Features : Suitable from birth to 10kg
Light weight and portable infant carseat/ carrier/ rocker
3-point, 1-pull padded safety harness
Travelling system : Compatible wit S300A and S301 strollers with additional adapter

So, bila S301 SCR6 Stroller digunakan bersama C100 SCR7 Carrier Carseat, begini la rupanya…

S301 SCR6 + C100 SCR7

Coolkan??

Terpikir plak kalo nak jalan jauh ker, nak balik kg ker.. Senang. Cabut seat kat stroller, (bawak balik besi n roda tu jer) then dalam kete pakai car seat. Dah jimat ruang kete. Tambah plak, Adriana tido slalunya dalam bouncer ni..

R101 Fun Bouncer

Jadi, tak perlu la bawak balik bouncer ni, guna carseat ni pun leh jugak. Leh wat jadi rocker. Kira berbaloi gila.. Rupa, sgt smart..plus bleh bawak sambil mengadap baby or melalui belakang baby. Tu yang lagi rasa kuat nak beli tuh!

Apalagi, mummy ngan babah trus ke Jusco Wangsa Maju plak. Nasib baik ada stok. Akhirnya, Adriana dapat jugak kete sendiri. Pasni leh la mummy n babah bawak jalan2 tempat lain skit..

p/s : Ni la antara tips membeli stroller dan barang baby yang boleh mummy kongsikan.. Jimat, berguna, mudah dan bergaya. Cewah!! Tak sabar nak tgk Adriana besar skit. NAk bawak jalan2 gi zoo plak!!

Thaleah | Masih Lagi Demam

December 1st, 2008 by Babah

Harini Nana dah tunjuk belang, pukul 3 pagi dia bangun. Selalunya ’start enjin’, ‘panaskan enjin sikit-sikit’ pastu barulah menangis kuat. Kali ni perangai dia pelik. Nana terjaga celik mata ja, terus ‘uweekkkkkkkkkk’, nangis kow-kow. Tak dak panas-panas enjin dah. Terus meraung. Satu rumah dengaq jeritan batin dia.

Lepas dah menangis kow-kow, macam biasalah, dodoi kan supaya tidur semula. Takpun kasik je susu badan mummy dia. Rupa-rupanya Nana tak makan saman. Dia menangis sama ja. Dalam hati ada gak terlintas, mesti orang sebelah tak senang tidur sebab duk dengar bising ada baby kecil menangis. Heheh…

Read the rest of this entry »

Tips Nak Kurus…Camner??

November 30th, 2008 by admin

Siapa ada tips nak bagi kurus???

Berat badan mummy naik mendadak n mummy dalam keadaan stress camner nak kuruskan balik. Semua baju n seluar (termasuk la 4helai levi’s kesayangan mummy) semua tak leh pakai dah!! Bukan skit2 je tak muat, tapi mmg langsung tak leh masuk!!

i) Sebelum kahwin - 38kg

ii) Mula2 mengandung - 45kg

iii) 7 bulan mengandung - 56kg

iv) 8 bulan mengandung - 64kg

v) Lepas bersalin - 54kg

Uuuwwwaaaaaaaaa!! Mummy nak berat badan asal, or atleast 45kg.. camner ni??? Bayangkan, selama ni mummy la paling kecik dalam umah. Sekarang tidak lagi. Susahnyer. Mummy selama berpantang ni, kurang sgt2 mkn nasi. Tapi still tak turun. Eii, stressnyer!!

p/s : Dulu tak pernah skali pun pikir pasal berat badan.. Siap nak cari cara nak naikkan badan lagi. Sekali hamik kau. Rasakan!! Nasib baik babah tak pernah merungut..

« Previous Entries