Father’s Day Special
June 14th, 2009 by admin
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi menyambut Hari Bapa, azuwanibrahim.com iaitu pengendali blog kepada Babah Adriana akan menganjurkan satu pertandingan bayi @ kids comel. Sebelum itu, suka dimaklumkan bahawa blog azuwanibrahim.com sedang mengalami gangguan teknikal. Jadi informasi ini diwar-warkan terlebih dahulu di blog Babah-Mummy dan juga di blog Farasaila.com agar informasi berkaitan dengan pertandingan ini tidak terlewat di beritahu kepada umum.
Untuk makluman semua, pertandingan ini di anjurkan oleh Azuwan iaitu Babah Adriana. Pertandingan ini dianjurkan bersempena dengan menyambut Hari Bapa. Pertandingan ini akan bermula pada 13 Jun 2009 dan akan berakhir pada 11.59pm 30 Jun 2009.
Bagi menjelaskan perkara ini, berikut merupakan beberapa syarat yang perlu diikuti oleh para peserta.
- Penyertaan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira di dalam Malaysia atau di luar negara.
- Anak anda mestilah berusia dibawah 4 tahun dan kebawah.
- Peserta perlulah menghantar 3 keping gambar terbaru anak anda.
- Pastikan gambar yang dihantar adalah jelas dan beresolusi tinggi. Jika tidak, penyertaan anda akan ditolak. (Paling minima adalah saiz 1024×768pixel).
- Peserta perlulah menghantar gambar ke alamat emel azuwanibrahim@gmail.com.
- Sila sertakan butir-butir berikut :
Nama Penuh Peserta :
Nama Pasangan :
Nama Anak :
Tarikh Lahir Anak :
Alamat :
Nombor Telefon :
- Gambar yang dihantar ke penganjur, adalah menjadi hak milik penganjur.
- Pertandingan ini akan bermula pada 13 Jun 2009 dan akan berakhir pada 11.59pm 30 Jun 2009. Penyertaan yang lewat akan diketepikan serta merta.
- Semua peserta yang berkelayakan akan melalui saringan yang akan dilakukan oleh penganjur. Manakala 10 peserta terbaik akan menjadi peserta ke peringkat akhir.
Hadiah.
- Memandangkan penganjur adalah blogger Independent (tidak bergantung pada mana-mana pihak), maka tiada hadiah lumayan yang akan ditawarkan. Penganjur hanya berniat untuk memberi khidmat masyarakat sambil merancakkan dunia blogging di Malaysia amnya.
- Jadi hadiah pemenang utama yang di tawarkan ialah sejumlah RM300 tetapi dalam bentuk sesi penggambaran outdoor seisi keluarga di sekitar Kuala Lumpur pada masa yang akan ditetapkan kemudian.
*Jika ada mana-mana pihak yang sudi untuk memberi sumbangan atau memberi cadangan kepada mana-mana penaja, pihak penganjur amatlah mengalu-alukan supaya program sebegini dapat berjalan lebih kerap. Mungkin tidak perlu menanti setiap kali Hari Bapa sahaja. Jika penganjur mendapat tajaan dari mana-mana pihak yang sudi, mungkin penganjur boleh menganjurkan program ini setiap bulan.
Jadi, penganjur mengucapkan selamat mencuba.
- 2 Comments »
- Posted in My Info, MyBabah
June 14th, 2009 at 7:56 am
sangat menarik.. en azuwan charge berapa untuk outdoor session amik gambat baby?
June 14th, 2009 at 9:42 am
nanie..
bak emel..kitorang emel..
k