Visit!!!

March 30th, 2009 by admin

Blog |b|a|b|a|h|-|m|u|m|m|y|

Our new blog..

Happy Birthday Sayang..

June 28th, 2009 by admin

To My Beloved Husband..

Happy Birthday..

Love u so Much..

Till the end of time..

Dunia Akhirat..

Semoga rumahtangga kita dirahmati Allah..

love

menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku

sepanjang hidupku

meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

Azuwanibrahim.com | In Progress

June 17th, 2009 by admin

Salam semua… Untuk pengetahuan pengikut-pengikut blog azuwanibrahim.com, masalah teknikal yang dihadapi oleh pengendali hosting akan selesai Insyaallah pada 22hb Jun. Saya pun naik menyampah jugak, lama tak leh bukak saya punya blog. Masalah tersebut ialah pemindahan domain dari syarikat penyedia hosting (hosting provider) yang lama ke syarikat penyedia hosting yang baru.

So stay tune, saya akan kembali Insyaallah lepas 22 hb Jun.

Mesej ini ditulis oleh pemilik Azuwanibrahim.com

Father’s Day Special

June 14th, 2009 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi menyambut Hari Bapa, azuwanibrahim.com iaitu pengendali blog kepada Babah Adriana akan menganjurkan satu pertandingan bayi @ kids comel. Sebelum itu, suka dimaklumkan bahawa blog azuwanibrahim.com sedang mengalami gangguan teknikal. Jadi informasi ini diwar-warkan terlebih dahulu di blog Babah-Mummy dan juga di blog Farasaila.com agar informasi berkaitan dengan pertandingan ini tidak terlewat di beritahu kepada umum.

Untuk makluman semua, pertandingan ini di anjurkan oleh Azuwan iaitu Babah Adriana. Pertandingan ini dianjurkan bersempena dengan menyambut Hari Bapa. Pertandingan ini akan bermula pada 13 Jun 2009 dan akan berakhir pada 11.59pm 30 Jun 2009.

Bagi menjelaskan perkara ini, berikut merupakan beberapa syarat yang perlu diikuti oleh para peserta.
- Penyertaan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira di dalam Malaysia atau di luar negara.
- Anak anda mestilah berusia dibawah 4 tahun dan kebawah.
- Peserta perlulah menghantar 3 keping gambar terbaru anak anda.
- Pastikan gambar yang dihantar adalah jelas dan beresolusi tinggi. Jika tidak, penyertaan anda akan ditolak. (Paling minima adalah saiz 1024×768pixel).
- Peserta perlulah menghantar gambar ke alamat emel azuwanibrahim@gmail.com.


- Sila sertakan butir-butir berikut :

Nama Penuh Peserta :
Nama Pasangan :
Nama Anak :
Tarikh Lahir Anak :
Alamat :
Nombor Telefon :

- Gambar yang dihantar ke penganjur, adalah menjadi hak milik penganjur.

- Pertandingan ini akan bermula pada 13 Jun 2009 dan akan berakhir pada 11.59pm 30 Jun 2009. Penyertaan yang lewat akan diketepikan serta merta.
- Semua peserta yang berkelayakan akan melalui saringan yang akan dilakukan oleh penganjur. Manakala 10 peserta terbaik akan menjadi peserta ke peringkat akhir.

Hadiah.
- Memandangkan penganjur adalah blogger Independent (tidak bergantung pada mana-mana pihak), maka tiada hadiah lumayan yang akan ditawarkan. Penganjur hanya berniat untuk memberi khidmat masyarakat sambil merancakkan dunia blogging di Malaysia amnya.
- Jadi hadiah pemenang utama yang di tawarkan ialah sejumlah RM300 tetapi dalam bentuk sesi penggambaran outdoor seisi keluarga di sekitar Kuala Lumpur pada masa yang akan ditetapkan kemudian.

*Jika ada mana-mana pihak yang sudi untuk memberi sumbangan atau memberi cadangan kepada mana-mana penaja, pihak penganjur amatlah mengalu-alukan supaya program sebegini dapat berjalan lebih kerap. Mungkin tidak perlu menanti setiap kali Hari Bapa sahaja. Jika penganjur mendapat tajaan dari mana-mana pihak yang sudi, mungkin penganjur boleh menganjurkan program ini setiap bulan.

Jadi, penganjur mengucapkan selamat mencuba.

Pengumuman Penting

June 13th, 2009 by admin

Assalamualaikum.
Disini Babah Adriana nak maklumkan yang blog Babah iaitu azuwanibrahim.com sedang mengalami masalah teknikal. Ini kerana Babah telah mengambil keputusan untuk tukar dari penyedia domain lama kepada penyedia domain yang baharu. Renewal domain tu dah dibuat sebelum tarikh tamat domain azuwanibrhahim.com, akan tetapi ada sedikit masalah komunikasi dengan penyedia domain baharu menyebabkan operasi blog Babah tergantung sehingga tarikh yang belum diketahui. Khabarnya mungkin 1-2 minggu. Tensen betul lah.

Mesti follower-follower azuwanibrahim.com tertanya-tanya kenapa blog Babah dah tak boleh masuk. Babah mintak maaf sangat. Nanti dah ok babah akan maklumkan semula.

Medical Check-up..

June 12th, 2009 by admin

Rentetan dr blog lg satu ->> babah-mummy

Pas tu cer baca last comment ni :

  1. naniebest Says:
    bila nak buat official announcement nak dapat 2nd baby ni (”,)

Adoi.. Camner ek??

Abg? Ok ker???

Ok la.. Meh nak citer.. Tanak org wat spekulasi bukan2 lagi dah..

011

02

Hahaha..

Itu jer. Takde yang best sgt pun pd org lain. Cuma i jer la yg best. Sebenarnya keje kat sini dah dekat setahun. Tapi baru ditawarkan tetap.. Tak la menarik sgt yang tetap tu, cuma best tang dpt naik gaji & dpt claim medical.. Tu jer.. Lain2 takde beza..

Jadi, kepada mereka2, berhenti wat spekulasi ek.. Bagi la Adriana besar skit lagi baru tambah lagi baby.. Huhuhu..

Cerita Pilu

June 10th, 2009 by admin

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa blog ini dah lama sgt tak update..

Selain masa yang tak mengizinkan.. Ada sedikit cerita kurang enak utk diceritakan..

Pada satu malam beberapa minggu yang lepas, diri i telah dibayangi oleh mimpi yang agak hitam.. Pedihnyer rasa!! Perit..

Seorang perempuan merangkul mesra pinggang suami i. Pelik, mereka sgtt mesra.. Terlalu manja, malah i sendiri tidak p0ernah dimanja begitu. Mereka berdua bagaikan hidup di alam sendiri tanpa memikirkan hati dan perasaan org lain.

Hairan, i tahu itu terjadi. I tahu itu isteri kedua abg. Dan, i tahu i yang izinkan mereka berdua.. Tapi i seolah-olah tak mampu buat aper2.. Hanya melihat dari jauh, sambil pendam perasaan diri. Cuma mampu menangis di dalam hati.. Ya Allah. Hanya Allah tau betapa remuknya hati pada masa tu.  Tapi, . . .

Tiba-tiba i tersentap..

Terjaga dr lena.. Ya Allah, aku bermimpi!! Tapi ia sgt melukakan.. Yer, walaupun ia cuma mimpi, ia tetap melukakan hati perempuan ini.. Saya derita sementara..

Tak semena-mena i menangis teresak2. Sehingga abg bangun terkejut. Bertanya, tapi lidah mmg terkelu tak mampu nak bgtau.. Abg tidak memaksa.. Cuma menenangkan diri i dengan memeluk dengan penuh kasih sayang dan memberi kucupan. Kemudian didodoi sampai i lena tido semula.. Itu lah suami saya!! Sangat pandai ambil hati i (kekadang jer la..har har har)

Pagi esoknyer, pilih2 baju utk dibasuh..

Tetiba..

.

.

.

.

wut??

wut??

Huh??

Apekah??

Kenapa camni??

Terduduk..terkedu..terpinga!!

Apa suma nih?? Semalam bermimpi.. Apakah petanda ini?? Bukti apa yang cuba ditunjukkan ni?? Beri aku kekuatan!!

Masa ni i btul2 lemah. Tak berdaya!!

Cepat2 i tanya abg. Dengan nada yang sangat longlai..

“Abg jujur jer.. Hani boleh terima”

“Jujur apa??”

“Nih..” Sambil tunjuk baju dan kesan lipstik tu..

.

.

.

.

Diam lama tanpa jawapan..

.

.

.

.

.

Diam lagi..

.

.

.

.

.

Tetiba abg ckp..

“Hani ni, lupa ka?? Semalam kan abg emergency break masa kereta tetiba melintas depan moto kita?? Hani skit punya baik melekat kat abg.. Tak igt??”

Oh yer..

Baru teringat.. Mmg la, skrg kan kitorang naik moto.. Mmg aritu ada emergency break kow-kow..

Huhu..Ketawa sendiri. Mau gugur jantung ni. Kalo jadi btul2, naik sawan la i..

Malu ngan diri sendiri..

Alhamdulillah, setakat ni kami sgt bahagia. Abg beri kami anak-beranak sgt byk kasih syg. Buat masa ni i percaya 100% abg akan setia dengan keluarga yang kami sama-sama bina ni..

Tapi, mmg la meninggalkan kesan mimpi malam tu. Sampai sekarang terbayang-bayang. Tu baru mimpi dah terasa hancur n remuk giler.. Kalo btul2.. Eii, tak leh bayang..

Ya Allah, mintak simpang.. Tak nak la…

Mother’s Day??

May 8th, 2009 by admin

Wow..Ehm, leh tak cakap no komen??

Mmg la sgt excited nak sambut mother’s day ni. Lebih excited dr nak celebrate besday sendiri. Yelah, 1st time ever in life la katakan.. Tapi, anak kecik lagi. Takde makna. Dia pun tak reti aper lagi.. So, takde la rasa sgt kot suasana tu..

Teringat masa kecik2 dulu. Kitorang suka jugak celebrate, beli hadiah kat mak. Excited, seminggu tak belanja kat sekolah sbb nak belikan mak hadiah. Kad slalunya buat sendiri la. Jimat kos.. Walaupun hadiah tak la seberapa (kekadang 2-3ringgit jer) tapi dia punya perasaan tu, takleh ckp la. Bangga sangat..

Terasa cam sangat tak sabar nak tunggu Adriana besar & pandai wat kad sendiri utk mummy dia. Pastu dia ckp, happy mother’s day mummy.. Konfem menitik air mata beb!! Sure terharu la..

Apa ek rasa bila anak dah pandai ucap “Happy mother’s day, mummy!” Best tak ek?? Mesti syokkan??? Celebrating mother’s day.. takde la dengan cara mewah, cukup ngan  dinner skit, kek ker, coklat ker, sekeping kad.. Pergh, mesti best sgt2!! Eii, series tak sabar tunggu anak2 wat camtu. Bukan harap balasan or penghargaan, cumanya nak la merasa. Sure sweet detik2 itu..

Eii, mmg tak sabar..

p/s : konfem la bukan 4-5 thn pertama ni nak rasa suma tuh.. tapi seronok kan kalo leh rasa suma tuh..sedey:(

Tag Wallpaper from Baby-Lyana

May 5th, 2009 by admin

1 – Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang. jangan tipu2 ek

wallpaper

2 – Bgtau nape anda suke wallpaper anda?
sbb ia kisah cinta agung
3- Tag 10 people..
1. Syud
2. Baha
3. Yong
4. Abby
5. Ita
6. Yien
7. Oya
8. Yam Artfingers
9. Onny 5iver
10. Mohd Azuwan Ibrahim

Jangan lupa buat tau, tak susah pun…

Maaf..

May 4th, 2009 by admin

Ucapan ini ditujukan khas kepada pembaca-pembaca setia.. Walaupun tak la ramai pun pembaca setia, tapi terima kasih la sbb setia membaca.. Berdasarkan statistik yg direview setiap hari, sgt la setia korang nih! Terima kasih byk2 sebab trus setia!!

1sf of all sori la bebanyak sbb dah lama i tak update blog ni. Bukan kerana blog ini telah di ‘anak-tiri’ kan selepas i launch blog baru.. Cumanya, tak sempat nak update. Kerja opis yang mmg tak akan abis, campur plak nak kene maintain beberapa blog and..and.. tgh sibuk sgt dengan aktiviti perpindahan..

Ya, we’re moving out!! Hahaha, walaupun agak susah skrg ni tapi alhamdulillah. Kami kuat.. Kami melangkah keluar dari umah abah dan sewa kat umah lain. Memula abah mmg macam tak bagi sgt. Tapi, terpaksa la abah. Atas beberapa sebab yang biar la Seyla simpan sendiri.. Don’t worry la abah, anak abah n cucu abah will ok. Kalo mkn tak cukup, kitorang g la makan kat umah abah.. Hahahaha..

Abah tak bg sewa umah sbb sgt rugi! Btul. Tapi nak tunggu umah kitorang sendri siap, mau makan masa setahun lagi. Takpe, biar la rugi setahun ni. Takde hal la!! Jangan risau yer abah.. Nanti, weekend abah leh lepak umah kitorang. Rilex-rilex.. Kalo nak swimming pun boleh. Nanti ajak mak masak kat umah kitorang. Tapi tunggu kitorang beli tong gas dulu la ek! Dapur konfem rembat mak nyer!! Hahaha..

Fuhh!! Sgt byk keje utk pindah ni. Angkut barang punya la byk.. Takde la banyak sgt, cumanya letih sbb angkut skit2.. yerla, dekat jer. So, no point sewa lori nak angkut. Tapi sebenarnya camni lagi penat. Ulang-alik ke sana ke sini. Kalo pindah jauh, sewa lori..sekali angkut jer..

Last Friday g la Cavenzi. Thanks to Hidayah Bahar sbb sudi tunjukkan jalan ke sana walaupun pastu kene keje.. Hehehe, byk gaks mengangkut kat situ. Sbb sgt murah. Yer, mmg la barang kat sana lebih pasal cantik dr kualiti.. Tapi, ok la. Sbb kitorang tak bajet pun nak pakai lama. So, berbaloi la.

Bawak Adriana, tak sah la takde barang utk dia. Kat kedai perabot pun sempat gaks dia rembat kerusi khas utk dia (ala, bukan dia mintak..babah dia yang belikan. Adriana bukan tau aper pun! hahaha). Later i akan amik gamba n upload. Kalo tak kat blog ni, i will upload kat blog lagi satu..

On, Saturday plak kami anak-beranak g Ikea. Carik benda-benda kecik. Adoi, takde la meriah membeli pun.. Tapi utk masuk umah baru ni, beribu gaks la abis. Adoi, terpaksa korban ’satu barang’ yg telah lama diidamkan. Alamatnya tunggu bonus la (tu pun kalo ada..ada ker??).

Minggu ni masih tido kat umah abah. Tunggu la perabot sampai dulu kot. Baru tido sana. Ni pun duk angkut lagi barang skit2.. Penat ek!!!

Niat nak upload gamba, tapi gamba laks dlm laptop kat umag. So, nanti2 la ek!

p/s : camner la Adriana bila kami pindah. Mlm2 takleh main2 ngan tokwan dia..Eii, tanak bygkan.. Sedey!!

Hati keliru..

April 22nd, 2009 by admin

Ehm..

Ramai tertanya-tanya kenapa lama tak update blog.. Bukan tak igt.. Huhu, cuma masa tu susah nak curik..

Dalam seminggu dua nih, byk benda yang ‘diterima’.. Pedih, luka & keliru.. Tapi, i takde nak kisah la kot.. Sebab i sgt percaya satu ini, Allah Maha Adil. Setiap apa yang berlaku ada hikmah, dan Allah pasti membalasnya.. Jadi, i tak risau lagi. Dia akan belajar dari silapnya sendiri satu hari nanti. Yer, mungkin bukan sekarang kerana dia tidak rasa apa yang kami rasa.. Doa kami hanya satu, semoga Allah ampunkan perbuatannya..

Kerja kat opis mcm biasa.. Byk la jugak.. Tambah plak kerenah pelbagai pihak.. Kekadang ada la terasa frust. Ada benda yang kita nampak tak btul depan mata, tapi tak mampu nak tegur.. Adakah itu dikira subahat?? Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu ini jika ianya dikira sebagai subahat..

Ada rasa cam malas nak balik umah.. Nak stay jer kat opis buat kerja, tapi teringat anak.. Percayalah, kalo lah company membenarkan anak dibawa semasa bekerja.. i sanggup tido di opis tanpa sebarang elaun tambahan!!

Yer, walau apa shj kekecohan atau ketidaksenangan yang bersarang dlm diri, i tetap masih berminat utk setia di sini. Sbb terlalu byk pelajaran di sini.. Tentang kehidupan, kerenah manusia, politikasi (hahaha, ada ker perkataan ini??).. Manarik, cuma yang takutnya adakah dikira subahat?? Itu sahaja. Walaupun kadang2 ia hanyalah perkara kecik, tapi dosa tetap dosa kan??

Andaikata kaki melangkah pergi, ianya bukan kehendak diri, ia hanya tanda kecil hati dengan situasi..

p/s : Yer, saya terlalu keliru!!

Senarai penuh anggota kabinet 2009

April 9th, 2009 by admin

Maklumat dipetik dari MalaysiaKini

Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh erdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan

p/s : MARA bawah menteri mana ek?? saper ada jawapan??

Kuew Tiau Sup Siam..

April 8th, 2009 by admin

Last Sunday,  kami suami isteri skali lagi cuba buat Kuew Tiau Sup Siam ni dangan bantuan mak. Alhamdulillah, akhirnya.. Jadi jugak!! Memang best la!!

Ada yang mungkin tak tau apa beza Kuew Tiau Sup Siam ni dengan sup biasa. Tak la beza sgt, cuma barang2 tambahan/rencah dia je kot lain..

Aper2, jom tgk bahan-bahan dulu..

kuew tiau sup siam

1. Kuew Tiau

 

kuew tiau sup siam

2. Kangkung & Tauge

 

kuew tiau sup siam

3. Ayam carik

 

kuew tiau sup siam

4. Daun bawang & sup

 

kuew tiau sup siam

5. Lobak Masin

 

kuew tiau sup siam

6. Cili kering yang dikisar halus

 

kuew tiau sup siam

7. Bawang putih yang digoreng rangup dengan myk byk

 

kuew tiau sup siam

8. Cili jeruk

 

kuew tiau sup siam

9. Kacang tumbuk

 

kuew tiau sup siam

10. Gula

 

kuew tiau sup siam

11. Sup Ayam

 

Oh ya.. yang tertinggal kicap sotong.. Mungkin kalo ada lagi sedap.. Kot!

 

 

Ni la kesemua bahan-bahan..

kuew tiau sup siam

 

Sedapnya abang makan…

kuew tiau sup siam

 

So, ada sesapa nak try?? Tapi kalo mkn yang ori lagi sedap. Kalo balik kg abg, I mmg takkan miss mkn Kuew Tiau Sup Siam ni. Masa pregnant dulu pun slalu ngidam..

 

p/s : abg, kita dah lama tak makan terung goreng berlada kan?? nak tak?? weekend ni hani wat ek!

Kisah Kasut Bonia..

April 7th, 2009 by admin

Bonia

Bonia

 

 

Eii.. Sakit + Malu la jugak..

Semalam g keje ngan abah sbb abg outstation. So, kene la awal2 pagi, harung jam g KL dulu..then naik train kat sogo tuh ke ofis.

Biasala, abah akan drop me kat laluan bas antara Sogo ngan Pertama Complex (kalo korang biasa ngan KL korang phm la kan..). So, dari situ I akan susuri laluan Sogo utk ke LRT.

Turun dari keta, tgk jam.. Alamak, sudah lewat..

I pun jalan la mcm lipas kudung. Laju..

Tetiba..

Ketepek.. Macam nangka busuk..

Alamak, terjatuh la plak.. Haaa!!!! Tersepak tongkol batu..

Tapi macam takde perasaan. I bangun trus tgk kiri kanan. Tak la kuat sgt perasaan malu tuh. I pusing tgk kete abah ada ke tak.. Tak nampak apa dah.. Last2 terus je la jalan ke LRT. Wat bodo jer.. Tapi terasa pedih la.

Rupanya mmg ada luka skit. Tension tul!!

Maybe I tak la rasa malu sgt sbb tak ramai sgt org kot..  Pas jatuh tu, I tepon la abg.. gtau dia. Dia leh gelak. Hampes btul.. Dia kata tu la, kontrol ayu sgt.. Eh, mesti la kene kontrol.. Kang terlebih ayu susah plak. Ramai plak org ngorat bini awak nih..(perasan dowh!!)

Bonia.. bonia.. Ko ke penyebab ek???

Tu la, tinggi sgt..

Tu la manusia.. Tak reti nak salahkan diri sendiri.. Apa suma dia btul, org lain jugak salah. Dia jatuh, kasut yang disalahkan. Padahal pakai kasut tu dah dekat setahun, tak jadi aper pun. Plak tu kasut tu la paling selesa walaupun sgt tinggi incinya.. Mmg itu la pe’el manusia.. Di mana, sesiapa saja..

Dan.. beringat lah…

 

p/s : kaki sakit lagi..yang, tlg la sapu ubat.. (uiks, giler gedik!!)

Award..

April 6th, 2009 by admin

 

blog_award

 

Yeay!

Kak Shaf (eh silap, baby lyana) gave me dis award..
 
I love Your blog award..

Thanx dear..

I love ur blog too!!

So, I plak nak bagi award ni plak kepada…

1. Kak Shaf or Baby Lyana..yer, semestinya i love ur blog
2. Zantinita
3. Syud
4. Hidayah Baha
5. Yin
6. Ony
7. Pa’ana
8. Oya
9. Jismin
10. Linz
11. dR
12. Im
13. 5iver
14. Tukar Tiub
15. Yong
16. Abby
17. Dan ramai lagi..

I love n enjoy to read ur blog..everyday!!

Cinta..

April 2nd, 2009 by admin

Love

« Previous Entries